Friday, September 10, 2010

RIAK!!!!!!!!!!!



status 2: pergghh... hijau siott rumput baru rumah aku nih. bapak aku import dari new zealand, sebijik macam rumput yang lembu dalam iklan susu tepung 'fernleaf' tuh makan' terbaik!!! (RIAK!)

status 3: upload all the piccas from my shopping spree. gosh.. tak sangka dah abes dekat rm18K IN 1 DAY....

itu bukan kaya, itu POYO.

oke, dapat beza? status 2 hanya rekaan aku je. tapi kadang2 manusia nih, xde niat pon nak wat status yg berunsur riak 2. kadang2 saja nk kongsi berita dengan orang. tapi disalahertikan plak oleh pihak-pihak yang kecik2 dulu tak nak gi skolah tadika. pastu senang-senang nak label berlagak, riak takbur saudara syaiton... eh eh... xpatut laa derr...

situasi: ko baru je beli kereta. (dengan duit sendiri) and ko cakap kat orang pasal kereta kau.

pendapat: aku tak rasa ni berlagak kot. sbb ko ingat senang nak beli kereta pakai duit sendiri. kalau dia nak wat apa ngan kereta dia sampai jadi cam kereta batman gotham city ker, suka dia laa duit dia. jangan terus2 kata ha, mula dah ckp besar. xpatut laa derr...


ini plak apa yang orang pikir pasal aku. apa yang diorg nampak, xsemestinya apa yang berlaku. 'kau xpe laa, anak orang kaya' .. wer werrr... aku kadang panasss gak dgn ayat nih. kalau aku betul kaya, purse aku selalu lebat ahh dengan cash. ko pernah tgk purse aku mmg tinggal habuk semata sampai nak beli ubat gigi colgate kayu sugi pek kecik pon aku xmampu. kaya kata kau? lagi satu, kalau aku betul2 kaya, aku xpayah laa nak sibuk cari kerja part time, nak kumpul duit. walau nak beli apa aku nak, ingat senang mcm ABC SPECIAL letak eskrim ke? aku kena gak usaha sendiri. kaya kata kau?? aku beruntung bapak aku tak manjakan kitorg dengan duit. kalau aku betul kaya, dialog dia lain beb.

'daddy, masuk duit 2 ribu. i nak shopping with my girlss laa.. beg prada limited edition is out! '

'jom kawan-kawan. hari ni aku banje korg makan tony roma's. on me. aku banje. apa ada hal.'

haa.. pernah ke dgr aku ckp cam ni? aku suh korg yang belanja aku lagi ada. nak belanja korang makan ABC kat Bandar U pon aku xpernah. apatah lagi nak banje makan porsperity burger...
'not my taste' -itu ye ayat orang 'kaya' ke koya??? hahaha

so, motif?? aku xleh tido. 2 yang aku start merepek. jadi kesimpulannya, jangan laa judge the book by it's price. nak terus label orang itu ini. orang kaya 2 pon, ko ingat senang ke??? hidup diorang lagi stress kot nak handle itu ini, beban nak tanggung bukan senang. so, yeah, they deserved the prosperity due to their hard work and success. bagi aku tak salah. jangan nilai org dari sudut luaran, kenal hati budi dulu. (nada suara serius dan yakin macam pengacara misteri nusantara, zainal ariffin ismail)


**aku rindu nak makan prosperity burger. dengan status dompet yang hanya ber-sen, lupakan aja. lagipon mekdi dah xde prosperity. oblong sudeyhh..... yeahhh.... (notyourtaste?? do i look like i care?? ahhahaha)

notakaki: entri ini bukan nak merujuk pada sesiapa. hanya general view aku. jangan laa terasa ati. sbb sumpah aku xletah pon perkataan hati lembu dalam entri ni. siyess... sbb ini mmg entri xde motif pon. peace~ one love. allah.

Thursday, September 9, 2010

MATI ITU PASTI



tiba-tiba rasa nak menulis. walau aku tak tahu apa benda yang aku nak tulis. aku tanya hamster aku, dia diam. tanya kucing aku, dia pon diam. diorg ni xboleh cakap kah? (aku tak gila. aku bosan. gila dan bosan mmg xde kena mengena. tapi BOSAN GILA memang aku)

ok.

pernah tak ada sahabat atau kenalan korang yang meninggal dunia dan di ada fb, lepas 2 dekat fb dia penuh orang ucap takziah dengan sedekah al-fatihah? entah kenapa situasi ini selalu buat aku tersentap. mcm sebagai contoh kalau nama kau, orang tag dengan ucapan 'semoga rohnya aman di sana, dan allah tempat kan beliau di sisi orang yang beriman'. sentap! kadangnya aku xkenal pon siapa si polan yang dimaksudkan tapi tak tahu kenapa hati ini sayu. ucapan demi ucapan di conteng di wall tapi xde sapa pon yang dapat reply,

'aku ok je kat sini, korang jgn risau'.

xdee. senyap sunyi sepi je. sedih sangat. bukan maksud nak mainkan isu ni ke apa ke, tapi kadang2 terfikir jugak, technology ni kadangnya bagus, dapat kita lihat mcm mana rapatnya ukhwah sesama islam. bukan senang sahabat dan kenalan2 dalam fren list fb kau sume dapat dtg di hari pengebumian kau. jadi diorg dapat sedekah kan al-fatihah (sama ada hanya tulis 'al-fatihah' atau angkat tangan dan doa betul2), bukan kah itu satu anugerah?

selalu kalau kes birthday ke, bertunang/berkahwin ke, aku anggap biasa je. tapi yang satu ini semuanya nampak sayu.

jangan tanya kenapa aku emotional. tapi aku cuma tak tahu macam mana nak bayangkan, satu masa nanti, di wall aku penuh dengan ungkapan tersebut,

azizulzahranazizuddin, semoga roh kamu tenang di sana. Ejoy, kitorang rindu sangat kat kau, sayang. moga allah tempatkan kamu di sisi orang-orang yang soleh. amin. al-fatihah (smiley sedih)'


ye, sentap!

Sunday, September 5, 2010

wakenabeb!!!!

kasi rapat, kasi rapat, ni aku ada benda nak habaqq ni... gua kena beb.... kena kencing kaw kaw punya. woo... sib baik tahi xsempat kena. kalau x, mmg aku bom laa tempat berkenaan. nak tahu apa citer... ni nak citer la nih. lek luu..

ha. dengan niat yang suci murni muka penuh keazaman, nak gi tengok wayang. mmg aku ni kaki wayang yang tegar. nasib kaki aku ni mulia sket dari kaki bangku atau kaki kakakkukaku. sumpah tak cool. so tengok laa citer apa yang menarik hati sekali desssssssuppp (side efek) terpandang poster.

avatar: special edition in 3d.

perghh. aku pon macam nak buat tarian 'i got it from my momma' kat situ gak. tapi fikiran masih waras mengenangkan ramai laa makhluk tuhan yang akan muntah hijau warna-warni aidilfitri kalau aku menari gitu. dah kesian batal posa diorg.

woha! avatar ada sequel woo.. special edition 2... gila gempak. apsal aku tak tahu pon sebelum nih. dengan gaya terketar-ketar macam orang baru pas dapat result pmr, aku pon heret pak sood punya adik, beli tiket wayang. aku suruh dia beli tiket (sambil aku acu pistol kat tengkuk dia. sambil berbisik manja) 'tiket atau nyawa'. hahaha.. pedulik apa aku. hambek ko. satu tiket harga boleh dapat 4 happy meal mekdi sekali gus. mmg sungguh tak happy muka dia time 2. sekali lagi kena bisikan syahdu 'senyum atau bazooka' . lalu dia pun tersenyum. haa.. kan chomel.

kitorg pon mengensot masuk sambil dihulur spek 3d tuh. fuyoo.. ipoh ada 3d woh. (mata kedip-kedip berkaca sambil terharu pegang spek) kesian mak konah. kompem dia xleh tengok. sebab powek spek dia mmg tahap kamen rider la. 900 power kuasa kuda halilintar. kalau dia xpakai spek, dia tengok aku pon dia cakap, ' eh, siti nurhalipan. nak saiin..!!' dan aku dengan penuh bongkak akan balas, 'no komen. no picture pls. sain2 apa nih. ottograf ah. kompem tak gi tadika.' hahah.... so mcm mana dia nak pakai spek 3d kalau dia kena pakai spek dia tuh. xpe la. balik kang aku 3g kau ye mak konah. kesian kau kesepian.

yes. citer nak start.

mula cerita. sama.
tengah cerita. sama.
ending. sama.

SAMA.

SPECIAL EDITION APA JADAHNYA....!!!!!!!!!! (sambil badan aku dah berapi cam son goku bertukar jadi super saiya ) pokemon. dah kena kencing kot. aku pon tanya encik tukang-koyak-tiket. "wahai enck tukang koyak tiket, apa yang lain nya citer ni? kata special edition. apa yang special nya? korang nak kena bunuh ke?'

'dulu edition kat cinema ni xde 3d. sekarang dah ada. special la tuh. pulangkan spek balik kalau tak kami mengganas'.

jangan tanya nasib dia. mangsa bunuh dengan gunakan bazooka kelas atasan di panggung wayang yang pertama.

encik-tukang-koyak-tiket.

tiba-tiba aku tingat ashton kucer




wakenabeb!! demm

september bulan SAYA

august baru cakap babai bebeh. and september datang dengan 'holla, motherchicken'. haha. xde2. saya nak umumkan.

saya suka bulan september ni. hahah. nak tahu kenapa? nak la nak la..

sebab raya nak dekat.. wehuuu... so, aku dah buat flyers and banner besar kat dewan orang ramai mesyuarat tingkap 4b.

'aku nak duit raya! duit atau nyawa??!!! ' (smiley muka bengis)

mak konah... takut tak takut tak?? aku tau kau takut. raya tahun ni jangan mengada kunci umah ko guna kunci rantai dan menyorok dalam keranda. sebab aku tetap akan menghantui hidup kau yang penuh dengan kisah ala 'si capik'. (sumpah aku tak follow citer nih. entah siapa tukar channel pastu sorok remote. aku terpaksa. TER!!)

tahun ni, persiapan raya ala kadar je. semuanya sederhana saja. (ni prepare jwapan bajet artis kot-kot laa wartawan melodi serbu rumah. wahhaha) so sebab sepanjang beberapa hari lagi nak raya nih kan, aku mungkin bz xdapat nak update blog ke apa ke kan (mungkin ini pesanan teakhir sebelum line berokbeng aku kena potong lagi. nak bayar bill, kena tunggu duit raya beb, sedih tak sedih tak?? ) dah, aku bukan menagih simpati (air mata berlenang, sambil muka gaya wan maimunah punya tahap sedih dalam drama anak dia tak balik raya)

so, dear my readers.. (kalau ada la) di sini sejujur hati dari dalam hati laa of coz, takkan dari dalam liang lahad plak, saya, si cencorot sengal yang gojes dan mengekalkan ciri-ciri ketimuran dalam pertuturan harian, ingin mengucapkan,



selamat menyambut hari raya aidlifitri, maaf zahir dan batin.

ikhlas. ingatan suci luhur minyak masak seri murni. HAHAHAA.. kompem aku orang pertama wish korang kan. suka tak suka takkk????? (agak-agak eric leong nak bunuh aku tak? eric, tutup mata-tutup mata. SERPRAAAAAISSSS!!! suka tak suka tak???? ) haha...

aku obess, eh salah (walau betul juga sket2, sikit je), OBSES dengan dialog tu sekarang. sebab chomel.

macam aku. AHHAHAHAHAHA


oh bulan ni jugak aku akan lebih matang dari sebelumnya. Sbb dpt duet raye lebih!!opah kata boleh sangat laa nih kalau nak . aku plak kata, boleh... memang boleh.... tapi kawin yang tak nak kat cucu opah yang budiman rupa tak seberapa nih, cheqqq nak wat lagu manaaaa???' dah. aku emo. dilema remaja kadangnya mengoncangkan jantung kristal aku. haih...

The great chef in the making

NOT....!!! hahaha.... ting tanggg tinggg tangggggggg.... alexenderrrrrr... hahaa.. ok, kalau nak raya nih, tiba-tiba je mood nak wat cookies bak kata omputih, membuak-buak... cliche laa 2... xkan nak raya tiba-tiba datang mood nak main kereta kontrol atau mengumpul setem plak kan... hahah. so sebagai budak gegurll yang chomel (ok sila muntah), aku telah bertukarrrrrrrrr (chinggg!! ) menjadi seorang chef yang memporak-keranda-kan dapur... muaaahahaha...

so, puan-puann.... hari ni saya nak ngajor kome sume buat kuih raya yang bertajuk... eh bukan yang bernama.... tart nenas gulung guling-guling di waktu pagi... haaaaa.. panjang bukan nama kuih ini.... rumah aku je ada tart yang nama dia panjang cam haram nih... 2 belom lagi aku buat 'biskut badam warna warni aidilfitri alamak kucing ku tersedak kulit durian'.. haha.. nama biskut raya rumah aku memang rare. tak caya, datang ahh rumah sementara stok masih ada... yeeeeeepaaa..

cakap banyak taraa gua walaupun aku tak bercakap, hanya menaip. ok. barang-barang yang kita perlukan... ialahhhh... jeng jeng jenggg

250 grm butter (bukan gerald butler eh)
50grm gula icing (bukan ice ice babyy)
2biji kuning telur (putih telur jangan buang, leh wat mask tepek kat muka. berguraaaaauu)
1/2 tutup botol esen vanila (jadi belilah esen vanila yang ada tutup botol yer)

375 grm tepung gandum (tepung ni memang xde bau-bau bacang dengan gundam)
20 grm tepung jagung (brand butterfly. brand lain boleh, aku saja gedik)

pineapple paste (atau jam nenas) secukup rasa.


wah... dah rasa cam blog untuk suri rumah plak. PERINGATAN : saya masih remaja.

ok. mula-mula, kita pukul butter dengan gula icing. pas2 dah agak2 kembang (bukan kuncup), kita masukkan esen vanila dengan kuning telur.

ini kita asingkan kuning dan putih telur itu.. (latar belakang lagu, jangan pisahkannn... aku dan diaaa.... tuhan tolonglahhh... ku cinta diaaa). cinta kuning dan putih telur, sampai di sini sahaja.

so pukul (jangan terajang plak) sampai dia fluffy cam nih....

timbang laa tepung guna scale cam nih... jangan guna scale ni timbang berat badan plak ye.. sumpah tak cool.


tepung gandum dan tepung jagung perlu di ayak ok.. so u shake-shake this flour sampai abes. (jangan buat bawah kipas. bagi mengelakkan muka korang jadi tepung gomak di bulan puasa.)

pastu, kita campurkan tepung ke dalam adunan yang dah fluffy td tuh... so buat sampai dia sebati sejati sehidup semati... awww... so sweet.


ini laa rupa adunan yang sebati tadi yee puan puann


sebelum apa pun, bentuk kan jam nenas lebih kurang macam ni ye.. jangan wat bentuk 'love' plak.. ni bukan main plastesin zaman tadika dulu.

dengan gunakan acuan tart nenas gulung, buat macam ni dan letak jam kat hujung. jangan pendek sangat, jangan panjang sangat... ok

pastu, gulung laa benda alah ni... hiaskan dengan sapukan sedikit kuning telur kat atas kuih ni.. kasi nmpk lagi menarik tertarik kau memang da'bomb.

langkah terakhir, bakar laa dalam oven. (jangan bakar guna pembakar roti plak) dalam 180 darjah kepanasan. haha... agak2 dah masak, keluar kan laa.. jangan sampai hangit plak. ok.


selamat mencuba!!!!

(tolong laa cuba, penat kot aku buat entri nih.. hahahahah... )